Kerosakan Kereta Yang Paling Biasa dan Cara Mengesannya

Sempena cuti sekolah pengkal satu, perjalanan akan menjadi lebih kerap.

Itulah sebabnya blog hari ini akan memberi tumpuan kepada kerosakan kereta yang paling biasa berlaku, tanda-tanda dan juga cara mencegahnya.

Jika anda mengalami apa-apa jenis kerosakan kereta, sila hubungi pengedar kedai tayar Tayaria yang berdekatan dimana pasukan kami dengan senang hati akan membantu anda.

1. Masalah dengan bateri

Masalah bateri adalah salah satu punca kerosakan yang paling biasa berlaku.

Salah satu bahagian yang berdepan dengan haba yang tinggi ialah alternator, dan memandangkan alternator berfungsi mengecas semula bateri semasa kereta bergerak, adalah penting untuk menjaganya dengan baik kerana jika ia berhenti berfungsi bateri anda akan kehabisan bateri.

Selain itu, tekanan penggunaan yang berlebihan yang dikenakan terhadap bateri terutamanya semasa kaadaan cuaca panas
ataupun disebabkan oleh A/C dan kegagalan fungsi sistem penyejukan boleh menyebabkan bateri haus dan tidak dapat dicas semula.

Beberapa pertunjuk biasa yang bateri kereta haus termasuk kesukaran untuk menghidupkan enjin, mengambil masa yang lebih lama untuk dihidupkan
ataupun tidak dapat dihidupkan langsung apabila anda memutar kunci kereta.

Oleh itu, adalah idea yang baik untuk mengecas bateri dengan kerap kerana ia mungkin membantu memanjangkan hayat bateri. Walau bagaimanapun, perlu ingat bahawa bateri perlu diganti kerana ia biasanya bertahan sekitar lima tahun untuk pengunaan dalam keadaan yang terbaik.

2. Motor Penghidup 

Dengan teknologi motor penghidup, motor perlu bekerja lebih keras berbanding sebelum ini. Sistem ini memberi tekanan kepada beberapa bahagian kereta seperti bateri, alternator, motor penghidup atau enjin.

Jika unit kawalan merasakan bahawa kereta tidak bersedia dihidupkan, ia tidak akan beroperasi supaya tidak menjejaskan prestasi kenderaan.

3. Tayar pancit atau penjajaran tayar kereta tidak sejajar

Tusukan atau tayar meletup semasa di dalam perjalanan biasa berlaku. Haba yang tinggi adalah salah satu punca utama kemalangan berlaku akibat daripada tekanan udara tayar yang rendah.

Sebagai contoh, jika tekananan udara tayar kurang, prestasi tayar dan kecekapan brek akan terjejas.

Periksa tayar kereta anda dengan kerap. Pastikan tayar mempunyai kedalaman bunga dan tekanan udara yang disyorkan oleh pengilang.

Selain itu, pemakaian tayar yang haus tidak sekata mungkin menunjukkan bahawa tayar kereta anda tidak dijajarkan dengan betul. Anda sentiasa boleh bercakap dengan bengkel Tayaria tempatan anda jika anda memerlukan nasihat pakar tayar.

Laman sesawang kami di ‘Lokasi Kami’ akan memberikan anda maklumat yang anda perlukan untuk menghubungi mereka.

4. Terlalu panas 

Terlalu panas juga merupakan masalah biasa terutamanya semasa di dalam cuaca panas. Kerosakan dalam sistem penyejukan kereta menyebabkan kegagalan prestasi enjin dan kenderaan tidak dapat berfungsi.

Atas sebab itu, anda haruslah memberi perhatian yang secukupnya terhadap ketiga-tiga pemeriksaan ini untuk kenderaan anda.

Pertama, periksa bacaan tahap cecair penyejuk. Dalam cuaca panas, paras penyejuk turun dengan lebih cepat sama ada disebabkan oleh penyejatan ataupun kerana prestasi enjin yang berlaku semasa musim panas.

Kedua, jika bacaan suhu kereta anda melebihi 70 darjah Celsius, ia adalah tanda bahawa sistem penyejukan kereta tidak berfungsi dengan baik. Jika bacaan melebihi 90 darjah, hentikan kereta dan biarkan kereta "berehat" sehingga kembali ke suhu normal.

Kegagalan thermostat kereta juga boleh merupakan salah satu faktor kerosakan kereta. Jika thermostat kereta tidak berfungsi, ini akan menyebabkan keadaaan kereta terlalu panas yang boleh membawa kerosakan enjin dengan ketara.

Kerosakan ini boleh dikesan jika bacaan suhu tidak stabil secara berterusan atau dan apabila kenderaan anda menggunakan lebih banyak bahan api.

5. Sistem brek kereta

Pad brek sentiasa terdedah kepada haba tinggi yang disebabkan oleh geseran pada cakera brek atau dram boleh merosakan atau mencacatkan cakera dan ini menjejaskan operasi cambuk brek.

Adalah penting untuk memeriksa keadaan system brek sebelum memulakan perjalanan yang jauh untuk mengelakkan masalah semasa di jalan raya.

Penyelenggaraan tetap adalah penting untuk mengelakkan kerosakan. Berikut ialah beberapa petua untuk mengelakkan kerosakan yang biasa berlaku dan membaiki kerosakan tersebut sebelum terlambat.

1. Jika kereta anda mengeluarkan bunyi aneh, bawa kereta anda ke kedai pembaikan secepat mungkin.

2. Jangan melebihi had muatan kereta anda: berat berlebihan memberi kesan langsung kepada sistem suspensi dan brek anda.

3. Cara permanduan anda yang baik juga boleh mengurangkan lawatan anda ke kedai mekanik dengan ketara.

Untuk petua dan maklumat lanjut, lawati Tayaria.com ataupun hubungi Pakar Tayar Kejiranan Anda di kedai Tayaria terdekat anda. Tayaria dealer

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
ms_MYMalay
tayaria logo

Upgrade Your Ride

Visit Our Shop Page for Top-Quality Tyres