Bagaimana Tekanan Tayar Mempengaruhi Kecekapan Bahan Api

Dalam blog hari ini, kami akan menerangkan kepentingan untuk sentiasa mengikuti tekanan angin tayar kereta yang disyorkan oleh pengeluar.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa tekanan angin tayar kereta yang betul boleh meningkatkan kecekapan bahan api kereta. Mengapa?

Tekanan angin tayar kereta yang tidak betul sering menyebabkan kesan domino yang akhirnya membawa kepada peningkatan ketara dalam penggunaan bahan api.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang tekanan angin tayar kereta, anda sentiasa dialu-alukan untuk bertanya kepada Pakar Tayar Kejiranan Anda di kedai Tayaria berdekatan anda.

1. Tekanan angin tayar kereta yang tidak betul boleh menyebabkan kehausan bunga tayar yang tidak rata

Apabila tayar kereta kurang kembung, geseran dan kehausan tayar kereta meningkat kerana permukaan bunga yang lebih tinggi akan bersentuhan dengan jalan.

Ini akan menyebabkan bahagian luar permukaan tayar kereta haus dengan lebih cepat berbanding dengan bahagian tengah dan seterusnya menyebabkan rintangan putaran tayar kereta yang lebih tinggi. 

2. Kehausan bunga tayar kereta yang tidak rata membawa kepada rintangan putaran tayar yang lebih tinggi

Seperti yang dinyatakan di atas, rintangan putaran tayar kereta yang meningkat akan menyebabkan enjin kereta bekerja dengan lebih keras. Pada asasnya, lebih tinggi rintangan putaran tayar bermakna lebih banyak tenaga diperlukan untuk menggerakkan kenderaan yang seterusnya membawa kepada peningkatan dalam penggunaan bahan api.

3. Rintangan putaran tayar kereta yang lebih tinggi meningkatkan penggunaan bahan api

Dianggarkan bahawa peningkatan 30% dalam rintangan putaran tayar kereta akan menyebabkan peningkatan purata 5% dalam penggunaan bahan api kereta.

Selain itu, tekanan angin tayar kereta yang kurang boleh menyebabkan peningkatkan penggunaan bahan api antara 3% dan 10%.

Menurut data daripada Jabatan Tenaga AS, tekanan angin tayar yang kurang menyumbang kepada pembaziran sebanyak 1.35 juta liter sehari.  

Selain itu, Kesatuan Eropah juga melaporkan bahawa tekanan angin tayar yang rendah menyebabkan lebih daripada 20 juta liter bahan api terbuang dan pada masa yang sama menyebabkan lebih daripada 2 juta tan CO2 dilepaskan ke atmosfera.

Masalah tambahan yang berkaitan dengan tekanan angin tayar kereta yang tidak betul:

Pembaziran bahan api

Pembaziran bahan api bukan satu-satunya kesan tunggal akibat daripada tekanan angin tayar kereta yang tidak betul.

Keselamatan pemandu dan penumpang kereta juga boleh terjejas jika tekanan angin tayar lebih rendah ataupun lebih tinggi daripada yang disyorkan oleh pihak pengeluar kereta.

Berikut adalah beberapa kesan-kesan lain akibat daripada tekanan angin kereta yang tidak betul.

Prestasi brek yang lemah

Tekanan angin tayar kereta yang rendah boleh menjejaskan kawalan kereta anda dan meningkatkan risiko letupan tayar kereta.

Tayar yang terlalu kembung boleh menyebabkan kahausan tayar yang tidak sekata dan juga boleh menjejaskan pengendalian kereta kerana permukaan bunga tayar bersentuhan dengan jalan yang rendah.

Oleh itu adalah sangat penting untuk kita sentiasa memastikan tekanan angin tayar kereta berada pada tahap yang disyorkan.

Kesan kepada alam sekitar kita

Seperti yang dinyatakan, kehausan tayar kereta yang tidak sekata boleh menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api yang seterusnya menyebabkan pembaziran berjuta-juta liter bahan api.

Pembaziran jangka hayat tayar akibat penyelenggaraan yang tidak betul memberi impak yang tinggi kepada alam sekitar.

Menurut pakar industri, pemakaian tayar kereta yang betul dan kehausan bunga yang sekata akan menyebabkan tayar bertahan dengan lebih lama.

Ini sebabnya adalah sangat penting untuk kita sentiasa memeriksa tekanan angin tayar kereta dan mengikuti garis panduan pengeluar.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau soalan lanjut mengenai tekanan angin tayar, anda sentiasa boleh malayani web sesawang ‘mencari pengedar kami’ untuk menghubungi Pakar Tayar Kejiranan Anda di kedai tayar Tayaria untuk mendapatkan nasihat yang betul.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelenggaraan tayar kereta, sila lawati Tayaria.com

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
ms_MYMalay
tayaria logo

Upgrade Your Ride

Visit Our Shop Page for Top-Quality Tyres