Petua untuk Pemanduan Mesra Alam dan Kecekapan Bahan Api

Menguruskan kos permotoran sentiasa penting untuk belanjawan isi rumah, dan salah satu cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan mengoptimumkan penggunaan bahan api kenderaan anda dan kecekapan bahan api pemanduan anda.

Sebelum kita mula membincangkan teknik pemanduan penjimatan minyak, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan kereta anda diselenggara dengan baik.

Perkara yang paling penting ialah memastikan tayar anda mematuhi tekanan udara yang betul seperti yang ditunjukkan dalam manual kereta anda kerana tayar yang tekanan udara kurang ataupun terlalu banyak memberi kesan buruk kepada penjimatan bahan api.

Anda juga mungkin ingin mempertimbangkan untuk membeli tayar yang dapat menjimatkan bahan api.

Untuk mendapatkan nasihat tentang kesesuaian jalan raya atau memahami tayar yang dapat membantu anda menjimatkan bahan api, sila pergi ke kedai tayar Tayaria terdekat anda, dan minta nasihat daripada salah seorang juruteknik bertauliah kami.

Kelajuan pemanduan anda mungkin merupakan faktor yang paling berpengaruh dalam mempengaruhi jumlah bahan api yang anda gunakan oleh kereta anda dan pemahaman umum ialah memandu dalam menggunakan gear tertinggi untuk kereta anda dan pada kelajuan yang konsisten tanpa melanggar had laju.

Ini sudah tentu merupakan permahaman umum, jadi berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh membantu anda mengurangkan penggunaan bahan api anda.

1. Pecutan Kelajuan Yang Lancar

Pecutan kelajuan yang berlebihan dan agresif boleh menjadi faktor penjimatan gas yang utama. Jadi mengelakkan pecutan seolah-olah anda berada di grid permulaan di Sepang harus dielakkan dalam membantu kecekapan penggunaan bahan api.

Di kawasan bandar, taktik yang terbaik adalah menukar gear secepat mungkin dan menggunakan putaran gear terendah yang sebaik mungkin.

Tiada kelajuan pemanduan tunggal yang optimum untuk memastikan kecekapan penggunaan bahan api. Ia bergantung pada kenderaan, permukaan jalan sama ada menaiki atau menuruni bukit dan juga faktor lain.

Sebagai permahaman umum, kenderaan adalah cenderung menjimatkan bahan api adalah di sekitar kelajuan 75-80 kph.

2. Jangkaan Keadaan Trafik

Jelas sekali, keupayaan untuk memastikan kereta bergerak pada kelajuan yang paling menjimatkan bahan api adalah bergantung pada keadaan lalu lintas semasa dan juga apa yang berlaku di hadapan kerana memperlahankan kereta dan memecut semula akan menggunakan lebih banyak bahan api.

Oleh itu, adalah penting untuk mencuba menjangkakan keadaan yang akan berlaku di hadapan anda dengan memandang jauh ke hadapan. Dengan cara ini, anda mungkin boleh memperlahankan kereta dengan keadaan semula jadi dengan mengurangkan pemecutan dan bergerak ke hadapan tanpa perlunya berhenti.

Perkara yang sama juga berlaku semasa memandu menaiki bukit yang juga menggunakan bahan api tambahan berbanding kebiasaan. 

Contohnya Jika anda memecut sedikit sebelum sampai ke bukit, momentum ini boleh membantu anda meminimumkan jumlah bahan api tambahan yang digunakan untuk mendaki bukit.

3. Langkah-Langkah Lain

Selain mengawal kelajuan anda dengan cekap, terdapat banyak langkah lain yang boleh anda ambil untuk mengurangkan penggunaan bahan api:

a. Palang bumbung

Jika anda mempunyai palang bumbung atau kotak bumbung, tanggalkannya jika tidak digunakan. Seretan angin tambahan akan meningkatkan penggunaan bahan api.

b. Pengunaan penghawa dingin 

Kita tahu cara ini sukar di Malaysia, tetapi membuka penghawa dingin dalam suhu rendah maksimum sepanjang masa sebarnya menggunakan kuasa enjin dan seterusnya meningkatkan penggunaan bahan api. Jika anda boleh menurunkan pengunaan penghawa dingin sedikit dari semasa ke semasa, anda akan menjimatkan minyak.

c. Perjalanan

Jika anda mempunyai beberapa perjalanan kecil yang dirancang, cuba menggabungkannya jika boleh. Setelah enjin panas, ia beroperasi pada tahap yang paling cekap, sebailiknya jika anda perlu membuat beberapa permulaan enjin sejuk akan meningkatkan penggunaan bahan api.

d. Sentiasa ringan

Pastikan kereta anda sentiasa ringan. Jangan tinggalkan barang yang tidak diperlukan di dalam but kereta. Berat tambahan akan meningkatkan penggunaan bahan api.

e. Kawalan pelayaran automatik

Jika anda kerap menggunakan ‘kawalan pelayaran automatik,’ pertimbangkan hanya untuk menggunakannya semasa memandu pada kelajuan konsisten di permukaan rata – iaitu di lebuh raya. 

Ini kerana kawalan pelayaran bertindak balas secara agak perlahan kepada perubahan kecerunan, dimana akan menggunakan kuasa apabila tidak perlu dan sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.

Seperti biasa jika anda memerlukan sebarang tips atau pengetahuan pemanduan kereta, sila lawati Pakar Tayar Kejiranan Anda di kedai Tayaria di mana kami dengan senang hati dan gembira membantu.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
ms_MYMalay
tayaria logo

Upgrade Your Ride

Visit Our Shop Page for Top-Quality Tyres