car wheel balancing and alignment tayar kereta

Bila Saya Perlu Melakukan Balancing dan Alignment Tayar pada Kereta Saya?

Apabila memasang tayar atau rim baru, mekanik selalunya akan mengesyorkan balancing dan alignment tayar kereta anda. Ada yang mengatakan penjajaran roda yang tidak betul adalah wajib manakala yang lain mengatakan ia tidak penting.

Soalan lazim oleh pemilik kereta termasuk sama ada tayar perlu balancing dan alignment. Adakah ini hanya helah pengusaha tayar untuk mengaut keuntungan? Sebelum kita membuat kesimpulan, mari kita fahami dahulu tujuan dan kepentingan mengimbang dan menjajarkan tayar.

Apa maksud balancing tayar?

Pernahkah anda melihat seorang mekanik meletakkan tayar kereta pada mesin dan memberi tekanan pada tayar? Ia adalah tindakan balancing. Pemberat digunakan untuk mengimbangi pengagihan berat keseluruhan tayar dan memastikan putaran seimbang dan konsisten.

Apa maksud alignment tayar kereta?

Alignment tayar ataupun penjajaran roda merujuk kepada pelarasan suspension sebuah kereta. Lebih tepat, ianya merupakan sistem penghubung yang menghubungkan stereng kenderaan dengan tayar-tayarnya dan membolehkan tayar untuk membelok.

Kunci utama proses alignment yang betul adalah menyesuaikan sudut tayar bagi memberi kesan yang lebih baik apabila tayar bersentuhan dengan permukaan jalan.

Oleh itu, proses alignment tayar ini merupakan satu penyelenggaraan berkala penting yang tidak seharusnya diabaikan. Selain itu, memilih tayar yang sesuai dengan kereta anda juga penting.

Alignment tayar terdiri daripada pelarasan dan/atau pengekalan 3 aspek utama bagaimana tayar anda berfungsi di atas jalan:

  • Camber - Ini adalah sudut dalaman atau luaran tayar apabila dilihat dari bahagian depan kenderaan. Kecondongan yang terlalu banyak ke dalam (negatif) atau ke luar (positif) menunjukkan alignment yang tidak betul dan perlu diselaraskan. Bushing, bearing atau ball joints yang usang atau rosak juga boleh mempengaruhi tetapan camber.
  • Toe - Toe bermaksud berapa banyak tayar kereta terkangkang keluar atau masuk apabila dilihat daripada atas tayar. Toe ni terbahagi kepada dua iaitu Toe In (tayar terkangkang ke dalam) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar).
  • Caster - Caster merujuk kepada sudut paksi stereng anda apabila dilihat dari sisi kenderaan anda. Sekiranya anda mempunyai caster positif, paksi stereng akan condong ke arah pemandu. Sebaliknya, caster negatif bermaksud paksi stereng condong ke arah hadapan kenderaan anda.

Kenapa perlu buat balancing dan alignment tayar?

Kenapa stereng kereta boleh bergegar teruk pada kelajuan tinggi? Perkara ini boleh jadi disebabkan oleh balancing tayar anda 'lari'. Apabila balancing tayar sudah terjejas, tayar kereta anda tidak berputar dengan sekata. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan disamping membuatkan anda risau semasa memandu.

Satu isyarat yang menandakan kereta anda memerlukan alignment tayar ialah apabila kereta anda tersasar dari landasannya (di atas jalan raya) walaupun stereng anda sudah diluruskan. Satu lagi cara untuk memastikan samada alignment tayar harus dibuat atau tidak ialah apabila stereng anda tidak seimbang atau lurus semasa memandu di jalan yang lurus.

Balancing dan alignment tayar juga penting untuk menjaga kesempurnaan permukaan tayar anda. Jika balancing dan alignment tayar kereta tidak sempurna, hakisan tayar akan menjadi tidak sekata dan boleh memendekkan jangka hayat keempat-empat tayar kereta anda.

Apa punca balancing dan alignment tayar cepat rosak?

Salah satu punca balancing dan alignment tayar rosak adalah apabila anda melanggar lubang jalan raya dengan kuat dimana ia memberi kejutan hebat pada keseluruhan kereta.

Oleh itu, walaupun anda telah cuba sedaya upaya untuk mengelak lubang semasa memandu, kekukuhan kereta memang akan terjejas sedikit demi sedikit sepanjang jangka hayat kereta anda.

Sekiranya semasa anda memandu dan mendapati stereng kereta bergegar dengan kuat sepanjang perjalanan yang boleh menyebabkan ia mengganggu pemanduan anda. Maka, itu merupakan salah satu sebab balancing tayar kereta anda sedang bermasalah.

Jadi, anda perlu membuat balancing tayar dengan secepat mungkin untuk memastikan balancing tayar yang sempurna pada tayar kereta anda. Tetapi, balancing tayar ini juga mungkin tidak berhasil sekiranya rim tayar anda bengkok. Jadi, anda perlu menukar rim itu dan baru balancing tayar tersebut berfungsi.

Bila anda perlu melakukan balancing dan alignment tayar kereta?

Balancing dan alignment tayar kereta selalunya dibuat sekaligus. Selang waktu yang disarankan untuk anda membuat pemeriksaan tayar adalah setiap 10,000 km.

Walaubagaimanapun, jika anda rasa gegaran pada stereng berlebihan apabila dipandu laju sedikit atau kereta anda tidak bergerak lurus, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan ini secepat mungkin.

Antara kebaikan balancing dan alignment tayar yang baik ialah pemanduan anda akan jadi lebih selesa dan tepat. Yang paling penting, hakisan tayar yang berlebihan juga dapat dielakkan.

Jika anda seorang pemandu profesional, anda patut mengambil langkah lebih berjaga-jaga dan sering memastikan balancing dan alignment tayar kereta anda sentiasa dalam keadaan sempurna. Walaupun sebagai pemandu yang biasa, anda masih perlu rajin membuat pemeriksaan rutin setiap 10,000 km.

Apa terjadi sekiranya anda mengabaikan servis alignment tayar?

Tayar kereta bukanlah hanya sekadar donut hitam yang diperbuat daripada getah dan diletakkan pada rim. Sebaliknya, pelbagai kemajuan, kejuruteraan dan ujian telah dilakukan dalam penghasilan tayar dan mereka berfungsi dengan baik sebagai komponen kenderaan yang padu jika dijaga dan diselenggara dengan baik.

Secara ringkasnya, semakin baik tayar anda, semakin selamat anda. Kedudukan sudut tayar atau alignment yang tidak betul boleh menyebabkan tayar anda untuk haus dan rosak secara tidak sekata sekaligus menurunkan prestasi tayar dan kereta.

Dalam maksud lain, kereta anda tidak akan berhenti, bergerak dan membelok seperti yang sepatutnya.

Secara ringkasnya, alignment yang tidak sekata boleh menyebabkan banyak masalah lain yang boleh memberi kesan kepada bahagian lain pada tayar. Tetapan camber yang tidak betul boleh menyebabkan haus yang tidak sekata pada bahagian luar atau dalam permukaan tayar.

Tetapan sudut toe yang tidak betul pula boleh menyebabkan kesan scrubbing atau feathering pada permukaan tayar. Dalam kebanyakan kes (lebih daripada satu), tetapan alignment yang tidak betul boleh menyebabkan kereta membelok sama ada ke kiri atau kanan jalan adalah amat bahaya.

Harga alignment dan balancing tayar kereta terkini

Harga alignment tayar setakat dianggarkan antara RM 20 - 25 dan ke atas bagi satu tayar. Harga balancing tayar terkini pula selalunya murah sedikit berbanding alignment, iaitu dalam RM 10 - 20 ke atas untuk satu tayar. Harga alignment dan balancing tayar selalunya mengikut saiz tayar kereta masing-masing.

Kos alignment dan balancing tayar juga selalunya digabungkan sekali dalam satu harga promosi jika kedua-duanya dibuat sekali di bengkel sama, oleh itu, jangan lupa periksa samada harganya berasingan atau tidak. Bergantung kepada kawasan, kadangkala kos alignment tayar dan kos balancing tayar akan jadi rendah sedikit.

Harga Tayar Alignment and Balancing Tayaria: Kemas kini Terkini untuk Tahun 2024

Harga Alignment Tayar
Toe in/toe out setiap kereta
RM 35 – 65
Harga Balancing Tayar
Penyeimbangan biasa
RM 8 – 10
 
RFM untuk penyeimbangan kelajuan tinggi
RM20 – 25

Kesimpulannya

Dengan menjaga penyeimbangan tayar dan alignment tayar kereta yang betul secara konsisten, pemandu dapat memastikan prestasi kenderaan yang optimum, hayat tayar yang panjang, kecekapan bahan api, dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Ia adalah langkah penyelenggaraan yang mudah tetapi penting dan tidak boleh diabaikan. Untuk mendapatkan perkhidmatan tayar yang berkualiti, kunjungi kedai tayar kereta today.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
tayaria logo

Upgrade Your Ride

Visit Our Shop Page for Top-Quality Tyres