Kepentingan Mengambil Kursus Pemanduan Defensif Serta Beberapa Manfaat

Tidak kira berapa lama sudah anda memiliki lesen memandu kereta atau berapa tahun pengalaman anda di belakang stereng. Walaupun anda menggunakan kereta untuk berulang-alik setiap hari atau bekerja sebagai pemandu, kami sentiasa syorkan anda untuk mengambil kursus pemanduan defensif.

Dalam blog hari ini, kami akan menjelaskan kepentingan mengambil kursus pemanduan defensive serta beberapa manfaat tambahan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.

Tujuan kursus pemanduan defensif adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu dan mempersiapkan anda untuk siri peristiwa yang tidak dijangka yang boleh menyebabkan kemalangan.

Dalam kursus pemanduan defensif, pemandu akan mempelajari teknik-teknik pemanduan defensif sambil meningkatkan keyakinan di belakang stereng kereta.

Antara kandungan kursus pemanduan defensif termasuklah: peraturan dan undang-undang trafik, pengurusan ruang di sekeliling kenderaan, mengawal kelajuan kereta, menjaga kesedaran terhadap pengguna jalan lain, penggunaan cermin secara efektif, kekal peka dan sentiasa berwaspada serta belajar menggunakan isyarat lampu kereta dengan berkesan.

1. Pemanduan kereta yang lebih selamat

Alasan yang paling penting untuk mengambil kursus pemanduan defensif adalah untuk menjadi pemandu yang lebih selamat.

Dengan membuat keputusan ini, pemandu secara signifikan akan membantu mengurangkan kadar kemalangan di negara yang seterusnya membawa kos yang lebih rendah bukan sahaja untuk kerajaan tetapi juga kepada pemandu. Ini kerana kadar insurans kereta boleh melambung akibat daripada kadar kemalangan jalan raya yang tinggi.

Walau bagaimanapun, kursus pemanduan defensif adalah idea yang baik walaupun anda telah mempunyai pengalaman dalam kemalangan kereta sebelum ini.

Sebenarnya kemahiran pemanduan defensif yang anda akan pelajari dengan mengambil kursus pemanduan defensif akan membantu menjaga keselamatan anda dan juga orang lain di jalan raya kerana anda akan sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan yang mungkin terjadi, sama ada di lalu lintas yang sibuk, peristiwa yang tidak dijangka di jalan raya ataupun menghadapi pemandu yang agresif.

2. Mengurangkan risiko kehilangan lesen memandu

Mempelajari teknik-teknik pemanduan defensif juga boleh membantu anda daripada mengelakkan diri dari terkena trafik kompaun dan juga membantu anda menambahkan mata tambahan dalam rekod pemanduan anda.

Mengelakkan trafik kompaun bukan sahaja membantu pemandu menjimatkan wang dengan mengurangkan denda tetapi mempunyai rekod pemanduan yang bersih dapat mengurangkan risiko kehilangan mata pencarian jika lesen kereta anda digantung.

Kadar tinggi pemandu yang lesen digantung juga boleh menyebabkan peningkatan kos pengangkutan awam.

3. Mengelakkan kos kemalangan

Kemalangan jalan raya adalah sangat mahal. Jika anda terlibat dalam kemalangan, anda mungkin perlu membayar kos kereta yang rosak serta kos bil perubatan.

Selain itu, jika anda cedera selepas kemalangan kereta anda mungkin perlu mengambil cuti bekerja dimana ini akan berkemungkinan menyebabkan kehilangan pendapatan.

Oleh itu, kursus pemanduan defensif boleh membantu anda mengelakkan kos kemalangan kereta kerana anda akan dilengkapi dengan kemahiran pemanduan defensif dan seterusnya mengurangkan kemungkinanan menyebabkan kemalangan.

Bergantung pada tahap kerosakan atau pembaikan, anda adalah dijemput untuk mengunjungi cawangan Tayaria tempatanuntuk meminta juruteknik pakar kami bagi manganalisis tahap pembaikan yang diperlukan.

4. Anda berkemungkinan layak untuk mendapatkan diskaun insurans untuk kereta

Jika anda mengambil kursus pemanduan defensif, anda berkemungkinan layak untuk mendapatkan diskaun insurans kereta anda dimana kadar insurans bulanan anda mungkin akan dikurangkan secara purata antara 5% hingga 10%.

Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai insurans kereta, anda boleh mendapatkan maklumat di blog kami mengenai insurans kereta.

Secara kesimpulannya, kursus pemanduan defensif bukan sahaja meningkatkan keselamatan anda di jalan raya tetapi juga menawarkan pelbagai faedah praktikal, termasuk potensi penjimatan kos dan diskaun insurans.

Ia merupakan pelaburan dalam kemahiran dan keselamatan anda yang boleh memberi pulangan dalam pelbagai cara.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
tayaria logo

Upgrade Your Ride

Visit Our Shop Page for Top-Quality Tyres