Tips Untuk Memandu Kereta Di Dalam Keadaan Cuaca Buruk

Terdapat beberapa elemen yang boleh mendatangkan keadaan bahaya di jalan raya, seperti kehadiran haiwan liar, kemalangan, tanah runtuh ataupun pemandu yang cuai.

Antara elemen-elemen yang dinyatakan seperti di atas, memandu dalam keadaaan cuaca yang buruk adalah berada di luar kawalan pemandu.

Keadaan ini boleh menyebabkan keadaan lalu lintas lambat, masalah penglihatan dan juga kemalangan.

Oleh itu, pada hari ini kita akan membincangkan mengenai cara untuk memandu kereta di dalam keadaan cuaca buruk.

Sebelum kita bermula, kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan "keadaan cuaca yang buruk".

Kod Peraturan Federal Amerika mendefinisikan "keadaan cuaca yang buruk" sebagai satu set keadaan atmosfera seperti salji yang hebat, angin, ais ataupun hujan yang tidak diketahui oleh pemandu jalan raya dan boleh mendatangkan keadaan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Beberapa bahaya hujan lebat termasuk: akuasatah, brek kecemasan, masalah penglihatan dan lain-lain.

Pemandu di Malaysia sering mengalami hujan lebat terutama sekali semasa musim monsun yang berlaku dari Oktober hingga Mac.

Kita sungguh bertuah kerana keadaan ini sepatutnya mulai reda sekarang,tetapi adalah baik untuk kita mengetahui semua teknik memandu ini untuk kegunaan pada masa depan.

Oleh itu, dalam blog pada hari ini kami akan memberikan beberapa nasihat mengenai bagaimana kita harus memandu dalam keadaan cuaca yang kurang baik.

1. Periksa lampu anda sebelum memulakan perjalanan.

Seperti yang kami sebutkan dalam blog sebelum ini tentang persediaan untuk memandu pada waktu malam, keterlihatan yang baik adalah sentiasa penting, terutama dalam keadaan cuaca yang buruk seperti memandu dalam hujan lebatatau kabut.

Itulah sebabnya memeriksa lampu hadapan dan lampu belakang anda adalah sangat penting agar dapat melihat, dan yang lebih penting, dapat dilihat.

2. Gunakan peraturan 3 hingga 4 saat semasa memandu kereta.

Menjaga jarak dengan kenderaan lain adalah sentiasa disyorkan terutama sekali apabila berhadapan dengan keadaan cuaca yang buruk kerana masa beberapa saat itu boleh membawa perbezaan yang ketara dalam mengelakkan ataupun menyebabkan kemalangan daripada berlaku.

Keadaan jalan yang basah atau licin boleh membuat tayar kereta kehilangan daya cengkaman dan tergelincir dengan mudah.

Oleh itu, menjaga jarak antara kereta yang lebih besar dengan kereta di hadapan boleh membantu anda mengelakkan perlanggaran jika kereta anda tergelincir semasa membrek.

Oleh itu, adalah disarankan untuk mematuhi prinsip jarak 3-4 saat antara kereta kamu dengan kereta hadapan anda. Peraturan jarak masa 3-4 saat telah banyak membantu mencegah kemalangan di jalan raya.

3. Elakkan memandu dalam kelajuan tinggi.

Memandu dengan kelajuan tinggi boleh meningkatkan risiko kemalangan di jalan raya. Ditambahkan dengan keadaan cuaca yang buruk dalam kaljuan yang tinggi, ini bermakna risiko kemalangan akan meningkat dengan tinggi.

Oleh itu, kami mengesyorkan anda untuk memperlahankan dan mempercepatkan kereta anda dengan dengan perlahan, terutama sekali semasa membelok ataupun memasuki selekoh dan memberi perhatian sepenuhnya kepada keadaan jalan raya.

Selain itu, adalah juga disarankan untuk mengelak- daripada menekan brek secara tiba-tiba kerana ia akan meningkatkan risiko hidroplaning semasa hujan.

4. Gunakan gear yang lebih tinggi.

Untuk mengelakkan kereta daripada tergelincir, adalah disyorkan supaya anda menggunakan gear yang lebih tinggi dan memandu dengan perlahan.

Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan tayar kereta daripada berputar dan membolehkan kereta anda bergerak dengan lancar di atas permukaan yang licin.

Jika kereta anda tergelincir, cuba belok ke arah yang anda tergelincir.

Dengan cara ini, anda akan dapat menyelaraskan tayar anda ke arah yang sama dengan kereta meluncur agar tayar dapat menggelinding dengan daya inersia.

5. Berhenti jika perlu.

Kadang-kadang kaedah yang terbaik untuk menjaga keselamatan ialah berhenti kereta di tempat yang selamat.

Jika anda terperangkap dalam hujan lebat, salji ataupun jika kabus terlalu tebal untuk anda meneruskan perjalanan, cuba berhenti di tempat yang selamat dan tunggu sehingga keadaan itu berlalu.

6. Elakkan sebarang gangguan

Pada blog yang sebelumnya, kami ada menyebutkan kepentingan untuk berada dalam keadaan fokus dan elakkan gangguan semasa memandu agar kita dapat mencegah kemalangan.

Dalam keadaan cuaca yang buruk, adalah amat penting untuk peka dan sentiasa berjaga-jaga untuk mengesan sebarang peristiwa ataupun bunyi yang aneh di sekitar anda.

Untuk meningkatkan tahap fokus anda, cuba memandu tanpa mendengar muzik ataupun dengan menurunkan tingkap kereta.

Dengan cara ini, anda akan lebih mudah dan peka untuk menyedari kenderaan lain di jalan raya yang berdekatan dengan anda.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
tayaria logo

Upgrade Your Ride

Visit Our Shop Page for Top-Quality Tyres