Flat Car Tyre: Tips and Easy Steps to Change a Tyre

Tayar Kereta Pancit: Tips dan Cara Menukar Tayar Dengan Mudah

Sebuah tayar kereta pancit, satu masalah yang sering dialami oleh pemandu di Malaysia. Jika anda bertuah, kedai tayar kereta mungkin boleh menyediakan perkhidmatan penukaran tayar di tepi jalan.

Peristiwa malang ini bukan sahaja mengganggu hidup orang tetapi juga menunjukkan kepentingan penyelenggaraan dan persediaan kenderaan yang betul di jalan raya.

Dengan memahami selok-belok tayar pancit, kita boleh melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk meminimumkan kesannya dan mengharungi keadaan yang tidak dijangka ini dengan yakin.

Dalam artikel hari ini, kita akan menyelidiki punca tayar pancit, dan membincangkan cara menukar tayar kereta dengan mudah.

Punca Kereta Tayar Pancit dan Mudah Pecah

  • Tayar kekurangan angin
  • Sering melanggar benda dan objek tajam
  • Rim kereta bengkok
  • Kerap bawa kereta laju pada jalan yang berlubang atau ‘lopak’
  • Batu kecil terselit pada celahan tayar

Sekiranya anda pernah melanggar ‘lopak’ di atas jalan raya dan terdengar bunyi sesuatu yang anda tidak pernah dengar dan stereng kereta anda tidak boleh dikawal, pada masa ini anda perlu mengambilnya dengan serius kerana mungkin berlakunya tayar pecah atau pancit secara mendadak yang boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Pastikan anda sering memeriksa keadaan tayar kereta untuk memastikan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Anda seharusnya mempunyai tayar ganti tersedia untuk kecemasan.

Tayar ganti boleh didapati di kedai tayar murah, tapi jika anda lebih suka tayar berkualiti anda boleh mendapatkannya di kedai tayar yang lebih mahal. Harga tayar ganti kereta selalunya tidak memerlukan kos yang banyak jadi anda tidak perlu risau untuk berbelanja untuk tayar anda nanti.

Sebelum anda mahu menukar tayar kereta, anda memerlukan beberapa alatan seperti dibawah:

  • Tayar ganti
  • Jack untuk mengangkat kereta
  • Pemutar jack
  • Lug wrench
  • Spanar

Cara Menukar Tayar Kereta dengan Betul dan Mudah

Sekiranya tayar kereta menjadi kempis atau mula bocor semasa bergerak, kekal tenang, kawal stereng dan menekan brek dengan kemas dan perlahan-lahan. Dengan mematuhi arahan terperinci yang diberikan di bawah, anda akan dapat menggantikan tayar yang rosak, bocor atau pancit dengan berkesan.

Langkah 1: Berhenti di Lokasi yang Selamat

Jika tayar kereta anda tiba-tiba bocor atau pancit semasa pemanduan, berhentikan kereta anda di lokasi yang selamat seperti di bahu jalan atau di kawasan tumpuan ramai. Jika boleh, elakkan berhenti di kawasan yang sunyi.

Sebelum menukar tayar, pastikan kereta diletakkan di kawasan yang landai dan stabil. Permukaan jalan yang tidak rata boleh menyebabkan badan kereta anda terjatuh atau tergelincir daripada jack kereta.

Untuk keselamatan anda, hidupkan lampu kecemasan dan letakkan segi tiga amaran atau warning triangle kit sekurang-kurangnya 45 meter dari arah belakang kenderaan anda.

Langkah 2: Sediakan Peralatan yang Diperlukan

Sebelum memulakan proses tukar tayar kereta yang pancit, keluarkan tayar spare atau tayar ganti serta peralatan-peralatan lain yang diperlukan daripada kereta anda.

Untuk menukar atau menggantikan tayar kereta, anda memerlukan beberapa alat penting. Jek kereta, biasanya jek gunting, diperlukan untuk mengangkat kereta, dan lug wrench digunakan untuk menanggalkan nat tayar. Anda perlu mempunyai tayar ganti, yang biasanya lebih kecil dan tidak sesuai untuk pemanduan berkelajuan tinggi. Kereta moden mungkin tidak mempunyai tayar ganti, jadi kit pembaikan tayar adalah disarankan. Bagi kereta dengan nat roda khusus, kunci nat roda diperlukan. Selain itu, sarung tangan melindungi tangan anda, lampu suluh membantu pada waktu malam, dan vest pantul cahaya memastikan anda kelihatan dalam gelap.

Jika tidak pasti, anda boleh merujuk manual kereta anda untuk mengetahui lokasi penyimpanan peralatan ini dalam kereta anda. Namun biasanya peralatan ini disimpan di bahagian belakang bawah pelapik ruang but kereta anda.

Langkah 3: Longgarkan Nat Tayar

Gunakan lug wrench untuk menanggalkan nat atau skru tayar. Namun begitu, seperti dinyatakan di atas, pastikan anda meletakkan kereta anda di permukaan yang rata terlebih dahulu untuk mengelakkan kereta daripada terjatuh atau tergelincir daripada jack kereta ketika proses penukaran tayar dilakukan.

Langkah 4: Jack Kereta

Jika tidak pasti, rujuk manual untuk mengetahui lokasi yang sesuai untuk meletakkan jack kereta. Biasanya, jack kereta diletakkan di kedudukan yang berhampiran dengan tayar kereta anda.

Jangan jack kereta anda terlalu tinggi untuk mengelakkan risiko kereta terjatuh atau tergelincir–sekadar mencukupi sehingga tayar kereta boleh dipusingkan.

Langkah 5: Tukar Tayar Kereta

Tanggalkan atau keluarkan nat kereta dengan melawan arah jam (anticlockwise). Kemudian, tarik keluar tayar daripada kereta. Gantikan dengan tayar spare dan ketatkan nat tayar kereta semula.

Langkah 6: Ketatkan Nat Tayar

Turunkan semula kereta anda. Kemudian, pijak lug wrench dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru kuat dan selamat. Anda juga disarankan untuk mengetatkan nat tayar dalam secara pepenjuru (diagonal).

Langkah 7: Gantikan Tayar Spare dengan Segera

Setelah menukar tayar kereta anda kepada tayar ganti, anda disarankan untuk menukar terus tayar kereta anda. Ini kerana tayar ganti hanya boleh bergerak secara purata sejauh 80 km hingga 113 km pada kelajuan maksimum 80km/j.

Secara amnya, memandu dengan laju atau melebihi jarak yang disyorkan semasa menggunakan tayar spare boleh meningkatkan risiko kemalangan seperti tayar pecah dan sebagainya.

Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan perkara-perkara ini untuk keselamatan anda.

Adakah Selamat Memandu Menggunakan Tayar Ganti?

Tayar ganti, juga dikenali sebagai tayar donat atau tayar kecemasan, adalah lebih kecil dan direka untuk kegunaan sementara semasa kecemasan seperti tayar bocor atau pancit. Ia membolehkan anda memandu ke bengkel terdekat untuk pembaikan atau penggantian. Walaupun berkesan untuk jarak pendek dan kelajuan rendah, adalah penting untuk menggantinya dengan tayar biasa secepat mungkin untuk memastikan keadaan pemanduan yang selamat.

Tip Pemanduan Selamat Semasa Menggunakan Tayar Ganti

Tayar ganti direka untuk kegunaan sementara bagi membawa anda ke bengkel untuk penggantian tayar yang tetap. Ia tidak sesuai untuk pemanduan jarak jauh atau berkelajuan tinggi. Berikut adalah beberapa tip keselamatan semasa memandu menggunakan tayar ganti:
 
  1. Pandu Perlahan dan Berhati-hati: Tayar ganti tidak direka untuk penggunaan jangka panjang atau pemanduan berkelajuan tinggi. Kekalkan kelajuan anda di bawah 80 km/j dan gunakan lorong paling kiri untuk keselamatan.
  2. Periksa Tekanan Tayar Secara Berkala: Pastikan tayar ganti mempunyai tekanan angin yang mencukupi, biasanya sekitar 60 PSI, untuk mengelakkan masalah semasa digunakan. Pemeriksaan berkala dapat mencegah kejutan yang tidak diingini.

Kesimpulannya

Mengalami tayar kereta pancit boleh menjadi situasi yang memeningkan. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk tetap tenang dan mengambil langkah yang diperlukan untuk menangani masalah ini dengan segera.

Dengan mengikuti langkah dan cara yang dibincangkan di atas dan memanfaatkan sumber yang ada, anda boleh menangani tayar pancit dengan berkesan dan meneruskan perjalanan mereka tanpa berlengah lagi.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
tayaria logo

Upgrade Your Ride

Visit Our Shop Page for Top-Quality Tyres